Salam sume..
Nampaknya semua adik-adik yang amek UPSR dah dapat result ye? Gud-gud. Takde laa mimpi hantu lagi pasni ye hehe. Untuk yang dapat 5A (Sarahmon - anak
Tok Rimau, anak buah aku Luqman dll), congratess yang lelain aku tatau. Tu ada anak buah aku lagi sorang tengah frust sebab dapat 3A. Alaa pedehal, Busu pon dapat camtu gak dulu. Ade aku kesah?(sekarang bole laa cakap, dulu frust gak haha)
Rajin betul mak bapak sekarang, sanggup amek cuti nak temankan anak amek result. Kakak kat opis aku pon camtu gak, cumanya asben dia jelah yang pegi. Kira ade gak la. Zaman aku dulu takdok pon. Ketaq sorang-sorang je amek result. Tu pon tak seprais dah sebab aku dah tau result aku awal sehari. Jangan kata result aku, sape yang dapat 4A pon aku tau dah.
Itulah padahnya bila mak bapak ko cikgu, paham tu?
Walaupun dah pencen, namun connection antara guru dan sekolah tiada had dan tiada tempoh tamat. Apatah lagi bila ada anak eh yang masih sekolah. Tak aci betul.
Petang, balik dari sekolah agama.
esok dapat result UPSR, mak. kata aku dengan teruja
ermm.. mak dah tepon sekolah tadiarggghhhhhh (
anti klimaks laaa mak aku ni) abeh, dapat tau ke?
dapat laa...................tak dapat 4A.. (zaman aku takde 5A eh, 4 subjek je)
errr... mak tipu eh?betul la, 3A je. matematik ko dapat B. tu laaa masa pekse takmo dabel cek jawapan tu bla bla blaHuwaaa betul ke? Tapi mak aku mana penah menipu weh. Aku je yang champion bab kelentong orang ni. Huhu. Tapi takpelah. Aku memang tau matematik aku tu cam hansap sket. Apsal laa kene blajar matematik? Itu persoalan yang sering menari hip hop di fikiranku tiap kali nak exam.
Mak aku cakap camtu sebab.. Lepas dia cek² jawapan aku (ala.. aku tanda jawapan kat kertas soklan, balik tu mak aku cek la), aku tersilap jawab satu je soklan yang mampu membolehkan aku dapat A. Mau tak dia bebel. Aku nyer terkilan toksah cakap la. Sibbaik tak terkencing time tido malam. Hu~
Esok pagi. Gi sekolah macam biasa.
Sebelum masuk kelas, dah ramai pulak kekawan aku dok congrate² kat aku. Giler ke ape budak² ni, 3A pun nak congrate ke? Rupanya, dorang sume dah aim aku mesti dapat 4A. Ala.. jangan katakan dorang, cikgu-cikgu aku pun same. Huhu.. Lepas tu bertembung pulak dengan cikgu kelas aku. Terus dia panggil. Sambil usap belakang aku, dia cakap.
nanti awak jangan kecewa ye.. takpe, ni baru UPSR..errrr.. hehehePastu ade cikgu lain, sape eh. Cikgu BM aku kot, siap peluk lagi pujuk aku. Adeh, belum tau result lagi ni cikgu oit. Tak seprais betul la dorang ni. Bila aku cakap kat member² aku yang aku kompem tak dapat 4A, sekor pun tak caye. Muka aku ni bijak sangat kot, hahaha.
Masuk kelas, duduk kat tempat macam biasa. Dulu-dulu, result main umum dalam kelas. Abes laa satu kelas tau result ko. Hahaah hampeh. Sebelum pengumuman,
member aku ni sempat cakap.
ko mesti dapat 4A punyetak laaa..takkan la tak dapat. mesti punyeisk degil betul badak ni. jap gi ko dengar ehKendian, result pun disebut satu persatu. Ikut senarai nama. Malam tadi sebelum tidur, sebenarnya aku berharap gak, ade eksiden magik akan berlaku. Contohnya, cikgu yang bagitau result kat mak aku tu sebenarnya kelentong je ke, ataupun mak aku kelentong ke, ataupun mak salah dengar ke, atau cikgu tu salah tengok ke - apa² jelah yang memungkinkan aku untuk dapat 4A. Tapi lepas dah duduk dalam kelas, ditambah dengan kata-kata cikgu² aku tadi tu. Nampaknya kompem.. masa depan gelap la kot.
Sampai giliran aku.
Masyitacomel, 3A, 1BSatu kelas like -
WHATTT??? Aku rilek je senyum. Fuh sibbaik mak aku dah bagitau awal-awal, kalau tak, mau meleleh airmata aku dalam kelas tu kot. Jatuh pulak reputasi aku sebagai warga kelas yang garang. Hehe. Member aku tu lagi la, sikit je lagi rahang dia nak jatuh atas lutut haha.
kau ok ke?ok je.. aku dah tau la, semalam lagioo ye ke. terus tersenyap. eh, aku ke ko yang dapat 3A ni hahaha
Masa tu, ramai gak murid-murid yang ditarget dapat 4A tak dapat (ya akulah salah sorang yang terbabit dalam statistik tu). Apapun, aku bersyukur sebab dua orang lagi bestpren aku iaitu
Rembo and Kapai dapat 3A jugak. Bersyukur sangat-sangat, sebab masa tu ramai gak cikgu-cikgu yang tak berkenan kitorang bertiga ni rapat, hanya kerana aku ni dalam kumpulan A dan dua sahabatku tersayang itu kat dalam kumpulan B. Sedih ok (ko ingat tak Rembo??)
haaa ni barulah bagus, 3 Stooges sama-sama dapat 3A, kata cikgu aku.
Aku pandang dorang, senyum dan kami sama-sama buat isyarat..
Yeahh!!!Of course dalam hati, aku sedih dengan kegagalan kecik aku time tu. Tapi bila difikirkan, ada hikmahnya juga. Kalaulah aku dapat 4A, mesti orang lain pandang rendah kat kawan-kawan aku. Apatah lagi, kenakalan kitorang memang tahap maksima masa tu.
Sibbaik jugak kawan-kawanku tak dipersalahkan atas kecemerkapan aku. Syukur..
Ape moral of the story kali ni?
1. jangan over confident. kelak merana diri hukhuk.
2. slalu dabel cek jawapan masa peksa. kesilapan kecil memungkinkan impian ko nak ke MRSM punah secara terang-terangan. huhuh
3. kalau mak apak cikgu, berkeraslah dengan ibu bapa - jangan satu skolah dgn dorang. eh, takleh diaplikasi oleh budak-budak. budak kecik kene ikot cakap mak apak. hahaha
4. jangan nak pandai sorang, ajak member-member supaya pandai skalik. macamano tu? lu pikir la sendiwik. takkan nak soh baby pikirkan plaks?
Apapun, rileks.. Baru UPSR. Blom SPM. Kalau SPM pun.. ala.. sekarang ni senang je nak masuk U, bukan macam dulu.
Rilek rilek (sile jangan tiru, hanya orang genius je boleh eksen camni hahahahahaha)
So, next trip - PD on December. Anybody?? (tetibe out of topic hihi)